Wednesday, December 10, 2008

Mesyuarat Pemurnian Modul Program Sahabat PPDa-Petronas

Pada tanggal 19-22 Januari bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur, akan berlangsungnya Mesyuarat Modul Program Sahabat PPDa-Petronas. Seramai 70 delegasi negeri dijangka menghadiri mesyuarat ini.

Unit PPDaKL mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua delegasi mesyuarat!!!!!

Wednesday, December 3, 2008

Pautan PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menlancarkan laman blog yang tersendiri. Pelbagai maklumat terkini mengenai PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperolehi. Ciri-ciri interaktiv juga dimasukkan bagi kemudahan pengguna. Oleh yang demikian, blog ini adalah meeting point atau sumber rujukan yang terbaik untuk mengetahui lebih dalam mengenai unit PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia serta aktiviti - aktivti yang terkini. Selamat melayari!!!!

http://ppdamoe.blogspot.com

Wednesday, November 19, 2008

Persembahan Multimedia SLAD



Seperti yang telah dipersembahkan di dalam Majlis Anugerah PPDA atau Graduasi SLAD, persembahan multimedia ini boleh di ambil dan digunakan untuk penerangan kepada SLAD. Kepada pengguna real media yang terbaru boleh klik pada butang "download this video". Terima Kasih kepada pereka multimedia ini- En. Mohd Effendee Ibrahim yang telah menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang menggunakan bahan yang terhad sahaja.

Saturday, November 1, 2008

Majlis Anugerah PPDa

Majlis Anugerah PPDa

Pada hari ini tepat pukul 8.30 am, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan. Majlis Anugerah PPDa di adakan bagi menganugerahkan lencana dan sijil SLAD kepada para pelajar yang telah layak menerimanya. Majlis ini telah di bahagikan kepada 2 sidang. Sidang 1 telah dimulakan pada 8.30am yang disempurnakan oleh en. Ismail Ibrahim (Timb. Pegawai Pelajaran Keramat). Seramai 250 graduan SLAD telah hadir bagi mengambil anugerah. Manakala Sidang 2 telah dimulakan pada 10.45 am yang disempurnakan oleh En. Ahmad Hashimi (Pengelola PPDa - Kementerian Pelajaran Malaysia). Seramai 220 graduan SLAD telah hadir.


*Senarai Tokoh SLAD, Anugerah PPDa dan Anugerah yang lain akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan PPDa. Semoga segala usaha akan terus sebati di dalam diri para graduan bagi memerangi dadah. "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"

Terima Kasih En. Ismail Ibrahim

En. Ismail Ibrahim -Mantan Ketua Unit PPDa JPWPKL telah menaiki lagi satu anak tangga kejayaan menjadi Timbalan Pegawai Pelajaran Keramat. Jawatan Ketua Unit PPDa JPWPKL akan dipangku oleh En. Mohamad Faizal Saad - Penolong Pengarah PPDa. Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada En. Ismail Ibrahim di atas segala jasa dan cetusan idea di dalam menjayakan PPDa JPWPKL. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun bersama PPDa JPWPKL telah menaikkan imej PPDa JPWPKL. Tahniah juga di atas jawatan yang baru. Adalah diyakini bahawa segala pengalaman yang ada dan idea yang bernas , En. Ismail Ibrahim dapat membawa PP Keramat diantara Pusat Pelajaran yang terunggul. Segala doa dan harapan adalah bersama-sama beiau. Diharap En. Ismail tidak melupakan PPDa dan sentiasa sudi bersama-sama Program PPDa.

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya

Semua kakitangan PPDa JPWPKL mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Petronas, PPDa Negeri, Guru-guru PPDa WPKL, Pelajar-pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langusung dan tidak langsung menjayakan aktiviti aktivit PPDa serta sokongan yang tidak berbelah bagi. Terimalah Salam Lembaran kami dan Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari:

Ismail Ibrahim (Ketua Unit)
Mohamad Faisal Saad (Penolong Pengarah)
Burhanuddin Disa (Pegawai Khas)
Aminah Mohamad (Pembantu Tadbir)
Azhar Abu (Pembantu Am Rendah)

Monday, September 22, 2008

Persembahan Multimedia AntiDadah yang hebat

Di dalam dunia web, banyak maklumat yang dapat diperolehi. Kebanyakan bahan-bahan atau maklumat yang ada berguna di dalam memerangi dadah di semua peringkat. Hasil ketekunan AADK Johor tidak dapat diragui lagi. Pasukan AADK Johor telah menghasilkan satu animasi yang cukup hebat dan berguna kepada PPDa. Diharapkan lebih ramai lagi bakat-bakat ICT yang dapat menghasilkan persembahan multimedia yang baik dan berguna kepada PPDa di dalam merealisasikan 'Sekolah Bebas Dadah 2012'. 

Monday, September 15, 2008

Celebrate Jiwa Baru


Satu pertandingan menghasilkan filem atau cerita pendek dianjurkan oleh Jiwa Baru. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar-pelajar yang bertemakan 'Kegemilangan Kehidupan Tanpa Dadah'. Oleh yang demikian selaras dengan tema PPDa iaitu "Masyarakat Madani Tanpa Dadah" pelajar-pelajar yang berminat boleh menyertai pertandingan ini. Sekiranya ada yang berminat silalah layari www.jiwabaru.com.my atau hubungi Jiwa Baru di 03-78433121/3122. 

Saturday, September 13, 2008

Gambar-gambar Jambori SLAD

Jambori SLAD Peringkat WP Kuala Lumpur

Jambori SLAD Peringkat Negeri WPKL telah berjaya dilaksanakan di Kem Perah, FRIM, pada 26-29 Ogos yang lalu. Tahniah kepada semua 100 ahli SLAD dan guru-guru yang terlibat. 

Thursday, August 28, 2008

Petronas sumbang RM5 juta kempen antidadah

PUTRAJAYA 26 Ogos- Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang penajaan sebanyak RM 5 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah-Petronas (PPDa-Petronas) dalam usaha nebingkatkan kesedaran pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah.

   Di bawah program berkenaan, Petronas menaja RM 1 juta setiap tahun sehingga 2013 bagi membolehkan Unit Pencegahan Dadah kementerian mengaktifkan empat program utama membabitkan 11,360 pelajar dan 960 guru sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.

   Pengisian program tersebut membabitkan Oriantasi Sahabat PPDa-Petronas, Kursus Fasilitator, Kursus Pemantapan Kejurulatihan Pendidikan Pencegahan Dadah bagi Guru-Guru dan Majlis Anugerah Alumni Sahabat PPDa-Petronas yang keseluruhannya membabitkan 49 sesi.

    Kerjasama pintar antara Petronas dan Kementerian Pelajaran itu dimenterai melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang dan Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas Datuk Dr. Rosti Saruwono di kementerian itu di sini hari ini.

* Sumber dari Utusan Malaysia

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri semoga dengan suntikan semangat ini usaha pendidikan pencegahan dadah diperhebatkan lagi demi Sekolah Bebas Dadah 2012. " Masyarakat Madani Tanpa Dadah"

Wednesday, August 20, 2008

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2008 Peringkat Kebangsaan

Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2008 telah diadakan di Kota Baru, Kelantan. Kontjien Kuala Lumpur telah mengambil bahagian di dalam semua acara yang telah dipertandingkan. Ia merupakan platform bagi pelajar-pelajar menyampaikan rasa benci terhadap najis dadah melalui seni iaitu melalui deklamasi sajak, nasyid, dikir barat, melukis poster, boria serta e-PPDa (persembahan pendidikan pencegahan dadah menggunakan kemahiran ict-power point). Selaras dengan tema pada karnival kali ini iaitu 'Masyarakat Madani Tanpa Dadah', persembahan-persembahan yang telah dipersembahkan menjurus kepada tema tersebut.

Bagi Kontjien Kuala Lumpur yang telah diketuai oleh En. Mohamad Faizal Saad (Penolong Pengarah) dibantu oleh En. Burhanuddin Disa (Pegawai Khas), persediaan ke Karnival ini telah bermula pada 15 Ogos 2008 di Pusat Kecemerlangan Sukan Kuala Lumpur dengan mengadakan kem sentral bagi memberi taklimat Karnival. Tepat pada 0600 16 Ogos 2008, bas-bas yang membawa kontijen Kuala Lumpur telah memulakan perjalanan menuju ke Kota Baru, Kelantan. Perjalanan yang jauh dan memenatkan tidak mematahkan semangat kontijen Kuala Lumpur. Walaupun perjalanan telah mengambil masa yang agak lama disebabkan faktor trafik dan teknikal tetapi akhirnya kontijen Kuala Lumpur telah sampai ke destinasi pada sebelah petang.

Kontijen Kuala Lumpur telah memulakan persembahan mereka pada 17 Ogos 2008, dengan berkat dan kesungguhan ahli-ahli pasukan mereka telah dapat menghasilkan persembahan yang amat memberangsangkan. Ia merupakan pertandingan yang amat sengit kerana setiap pasukan adalah yang terbaik dari setiap negeri dan pihak hakim mempunyai kesukaran memberikan markah kerana jurangnya amat kecil.

Pasukan Nasyid telah memulakan persembahan mereka diikuti Boria, Deklamasi Sajak (Rendah), Deklamasi Sajak (Menengah) dan pada sebelah petangnya e-PPDa. Terdapat 3 tempat pertandingan, oleh yang demikian, En. Mohamad Faizal serta En. Burhanuddin mempunyai tugas yang amat mencabar untuk menghadirkan diri di setiap tempat pertandingann bagi memastikan kelancaran persembahan kontijen Kuala Lumpur dan memberi sokongan moral.

Ketibaan Ketua Unit PPDa Kuala Lumpur En. Ismail Ibrahim telah memberikan suntikan moral kepada kontijen Kuala Lumpur khasnya dan Karnival itu sendiri amnya. Beliau yang sememangnya dikenali oleh ahli-ahli kontijen Kuala Lumpur dan seluruh pegawai PPDa mahupun diperingkat Kementerian dan Negeri amat perihatin terhadap kebajikan dan keperluan kontijen Kuala Lumpur.

Pelajar-pelajar telah dibawa melihat bandaraya Kota Baru pada sebelah malam bagi menghilangkan tekanan dan stress. Ia juga dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar mengenali banda Kota Baru dengan lebih dekat, seperti pepatah melayu 'Tak kenal maka tak cinta'.

Pada 18 Ogos 2008 pada pukul 9.00 pagi kontijen Kuala Lumpur telah bertolak ke KB Mall (tempat acara dikir barat dipertandingkan). Agak malang sekali kerana pusat membeli belah hanya dibuka pada pukul 10.00 pagi. Oleh yang demikian, kontijen Kuala Lumpur terpaksa menunggu diluar dan diawasi oleh guru-guru pengiring serta pegawai-pegawai. Pasukan dikir barat telah mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan. Tempat pertandingan disini dipenuhi dengan penonton, pasukan negeri serta penyokong ia merupakan tempat yang amat unik kerana mesej 'Masyarakat Madani Tanpa Dadah' dapat diperluaskan kepada orang awam.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin diberikan kepada semua yang telah menjayakan dan melicinkan persembahan oleh Kontijen Kuala Lumpur. Tahniah kepada semua pemenang dari Kuala Lumpur mahupun dari negeri lain.


Visi & Misi

Visi
Warga Sekolah Bebas Dari Pengaruh Rokok, Dadah, Inhalan, Alkohol dan HIV Aids serta Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012

Misi
Merancang dan melaksakan program-program yang berupaya mempengaruhi warga sekolah untuk menjauhkan diri serta bebas dari rokok, dadah, inhalan, alkohol, dan HIV Aids

Objektif

1.Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa
kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah, rokok,
inhalan, alkohol dan HIV/Aids.


2. Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi,
mental dan rohani.

3. Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah.

4. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat
sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha
mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

5. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat
menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah,
rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Fungsi Unit PPDa

FUNGSI UNIT PPDa

Untuk membangunkan sumber manusia yang mempunyai nilai modal manusia dan modal sosial yang tinggi. Tugas ini merangkumi usaha-usaha pendidikan pencegahan rokok, alkohol, dadah dan HIV/Aids terhadap murid-murid sekolah.

1. PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN AWALAN
UNTUK PENCEGAHAN ROKOK, DADAH, INHALAN,
ALKOHOL DAN HIV/AIDS.

2. PENGURUSAN PROGRAM INTERVENSI.

3. PENGURUSAN DATA, DOKUMENTASI DAN PUBLISITI.

4. PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR.


Program PPDa

PROGRAM-PROGRAM PPDa

Program – program PPDa dijalankan melalui 4 pendekatan utama iaitu :-
1. Pengurusan dan kepimpinan
2. Kurikulum
3. Ko Kurikulum
4. Pembangunan Sahsiah

1. Pengurusan dan kepimpinan
a. Penubuhan Jawatankuasa PPDa di semua peringkat
b. Minggu PPDa
c. Latihan Personel
d. Minggu Anti Dadah Kebangsaan/Antarabangsa
e. Ujian Urin/Pengesanan Awal Dadah
f. Kajian Tindakan
g. Seminar Guru
h. Seminar PIBG

2. Kurikulum
a. Mesej PPDa dan Cegah Rokok
b. PPDa Dalam KBSM
c. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
d. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah(PROSIDAR)
e. Ceramah PPDa / Pameran

3. Kokurikulum
a. Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD)
b. Jambori SLAD
c. Karnival PPDa
d. Kem PINTAR
e. Kajian Lapangan/Lawatan PPDa
f. Karnival PPDa

4. Pembangunan Sahsiah
a Kaunseling PPDa
c. Program Intervensi
c. Program Gerak Sedar Bersepadu(PROGRES)
d. Waja Diri PPDa
e. Seminar PPDa
f. Kolokium Kepimpinan PPDa
g. Orientasi Sahabat PEMADAM
h. Nafas Segar
i. Tunas PPDa