Wednesday, November 19, 2008

Persembahan Multimedia SLAD



Seperti yang telah dipersembahkan di dalam Majlis Anugerah PPDA atau Graduasi SLAD, persembahan multimedia ini boleh di ambil dan digunakan untuk penerangan kepada SLAD. Kepada pengguna real media yang terbaru boleh klik pada butang "download this video". Terima Kasih kepada pereka multimedia ini- En. Mohd Effendee Ibrahim yang telah menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang menggunakan bahan yang terhad sahaja.

Saturday, November 1, 2008

Majlis Anugerah PPDa

Majlis Anugerah PPDa

Pada hari ini tepat pukul 8.30 am, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan. Majlis Anugerah PPDa di adakan bagi menganugerahkan lencana dan sijil SLAD kepada para pelajar yang telah layak menerimanya. Majlis ini telah di bahagikan kepada 2 sidang. Sidang 1 telah dimulakan pada 8.30am yang disempurnakan oleh en. Ismail Ibrahim (Timb. Pegawai Pelajaran Keramat). Seramai 250 graduan SLAD telah hadir bagi mengambil anugerah. Manakala Sidang 2 telah dimulakan pada 10.45 am yang disempurnakan oleh En. Ahmad Hashimi (Pengelola PPDa - Kementerian Pelajaran Malaysia). Seramai 220 graduan SLAD telah hadir.


*Senarai Tokoh SLAD, Anugerah PPDa dan Anugerah yang lain akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan PPDa. Semoga segala usaha akan terus sebati di dalam diri para graduan bagi memerangi dadah. "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"

Terima Kasih En. Ismail Ibrahim

En. Ismail Ibrahim -Mantan Ketua Unit PPDa JPWPKL telah menaiki lagi satu anak tangga kejayaan menjadi Timbalan Pegawai Pelajaran Keramat. Jawatan Ketua Unit PPDa JPWPKL akan dipangku oleh En. Mohamad Faizal Saad - Penolong Pengarah PPDa. Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada En. Ismail Ibrahim di atas segala jasa dan cetusan idea di dalam menjayakan PPDa JPWPKL. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun bersama PPDa JPWPKL telah menaikkan imej PPDa JPWPKL. Tahniah juga di atas jawatan yang baru. Adalah diyakini bahawa segala pengalaman yang ada dan idea yang bernas , En. Ismail Ibrahim dapat membawa PP Keramat diantara Pusat Pelajaran yang terunggul. Segala doa dan harapan adalah bersama-sama beiau. Diharap En. Ismail tidak melupakan PPDa dan sentiasa sudi bersama-sama Program PPDa.

Visi & Misi

Visi
Warga Sekolah Bebas Dari Pengaruh Rokok, Dadah, Inhalan, Alkohol dan HIV Aids serta Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012

Misi
Merancang dan melaksakan program-program yang berupaya mempengaruhi warga sekolah untuk menjauhkan diri serta bebas dari rokok, dadah, inhalan, alkohol, dan HIV Aids

Objektif

1.Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa
kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah, rokok,
inhalan, alkohol dan HIV/Aids.


2. Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi,
mental dan rohani.

3. Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah.

4. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat
sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha
mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

5. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat
menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah,
rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Fungsi Unit PPDa

FUNGSI UNIT PPDa

Untuk membangunkan sumber manusia yang mempunyai nilai modal manusia dan modal sosial yang tinggi. Tugas ini merangkumi usaha-usaha pendidikan pencegahan rokok, alkohol, dadah dan HIV/Aids terhadap murid-murid sekolah.

1. PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN AWALAN
UNTUK PENCEGAHAN ROKOK, DADAH, INHALAN,
ALKOHOL DAN HIV/AIDS.

2. PENGURUSAN PROGRAM INTERVENSI.

3. PENGURUSAN DATA, DOKUMENTASI DAN PUBLISITI.

4. PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR.


Program PPDa

PROGRAM-PROGRAM PPDa

Program – program PPDa dijalankan melalui 4 pendekatan utama iaitu :-
1. Pengurusan dan kepimpinan
2. Kurikulum
3. Ko Kurikulum
4. Pembangunan Sahsiah

1. Pengurusan dan kepimpinan
a. Penubuhan Jawatankuasa PPDa di semua peringkat
b. Minggu PPDa
c. Latihan Personel
d. Minggu Anti Dadah Kebangsaan/Antarabangsa
e. Ujian Urin/Pengesanan Awal Dadah
f. Kajian Tindakan
g. Seminar Guru
h. Seminar PIBG

2. Kurikulum
a. Mesej PPDa dan Cegah Rokok
b. PPDa Dalam KBSM
c. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
d. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah(PROSIDAR)
e. Ceramah PPDa / Pameran

3. Kokurikulum
a. Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD)
b. Jambori SLAD
c. Karnival PPDa
d. Kem PINTAR
e. Kajian Lapangan/Lawatan PPDa
f. Karnival PPDa

4. Pembangunan Sahsiah
a Kaunseling PPDa
c. Program Intervensi
c. Program Gerak Sedar Bersepadu(PROGRES)
d. Waja Diri PPDa
e. Seminar PPDa
f. Kolokium Kepimpinan PPDa
g. Orientasi Sahabat PEMADAM
h. Nafas Segar
i. Tunas PPDa